Microeconomics..


Definisi Ekonomi..

Perkataan ekonomi berasal daripada Yunani iaitu perkataan “OIKAU” bermaksudisirumah dan “NOMOS” bermaksud peraturan.Manusia mempunyai kehendak yang tidak terhad dan selalunya inginkan sesuatu melebihidaripada apa yang mereka mampu sama ada seseorang itu kaya atau miskin. Oleh yangdemikian, mereka perlu membuat pilihan terbaik dan terpaksa melepaskan pilihan yanglain.Secara ringkasnya definisi ekonomi adalah mengkaji tingkah laku (gelagat) manusia didalam membuat pilihan menggunakan sumber ekonomi (faktor-faktor pengeluaran) yangterhad untuk memaksimukan kehendak-kehendak atau kepuasan mereka yang tidak terbatas.
Cabang Ekonomi
Ekonomi Mikro – merujuk kepada kajian di dalam unit yang lebih kecil iaitu individu danfirma.Ekonomi Makro – merujuk kepada kajian ekonomi dengan lebih menyeluruh dan globalserta bersangkutan isu-isu semasa bagi sesebuah negara.
Analisis Ekonomi
Analisis Positif – ia menjawab persoalan apa dia? Atau, apa yang akan terjadi? Kenyataanadalah berasaskan fakta, berkenaan perkara yang sebenar. Ia bersifat lebih objektif.Contohnya harga bagi sesuatu barang telah ditentukan oleh permintaan dan penawaran.Pernyataan yang menyatakan peningkatan harga akan menyebabkan penguranganterhadap permintaan barangan adalah pernyataan positif.Analisis Normatif – ia cuba menjawab apa yang seharusnya dilakukan? Ianya melibatkan penilaian yang abstrak dan pertimbangan nilai sama ada baik atau buruk (dalam bentuk  pendapat). Ia lebih bersifat subjektif. Di mana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan

DPE 1013 Prinsip Mikroekonomi..

dan pandangan berdasarkan pelbagai golongan individu. Contohnya peningkatan hargaayam merupakan tekanan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.Tetapi kenaikan harga ayam ini tidak memberi kesan kepada golongan yang berada. Satulagi contoh, pemberian subsidi kepada petani merupakan suatu langkah yang patut danadil. Perkataan patut dan adil adalah suatu yang melibatkan pertimbangan nilai kerana penilaian terhadap perkataan tersebut adalah berbeza di antara seseorang denganseseorang yang lain

No comments:

Post a Comment